Indonesia bebaskan Abu Bakar al-Basyir

0
202

BOGOR – Indonesia telah membebaskan Abu Bakar al-Basyir daripada penjara awal, pagi tadi.

Abu Bakar, 82, dianggap sebagai ketua kerohanian Jemaah Islamiyah (JI), kumpulan pengganas yang bertanggung jawab terhadap pengeboman Bali pada tahun 2002.

Kata AFP, beliau dibebaskan setelah selesai menjalani hukuman selepas didapati bersalah di atas tuduhan membantu pembiayaan latihan anggota militan di wilayah Acheh.

Sebuah van putih yang membawa Abu Bakar dilihat meninggalkan Kompleks Penjara Gunung Sindur pada pukul 5.30 pagi tadi (waktu tempatan) dengan diiringi anggota skuad anti keganasan elit, Densus 88.

“Abu Bakar diserahkan kepada kepada sekumpulan peguam yang akan menghantar beliau kepada keluarganya,” kata jurucakap penjara, Rika Aprianti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here