Indonesia mungkin benarkan syarikat beli vaksin Covid-19

0
68

JAKARTA – Kerajaan Indonesia berkemungkinan akan membenarkan syarikat untuk membeli bekalan vaksin Covid-19 bagi kegunaan sendiri ataupun untuk dijual.

Menurut Reuters, perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Budi Gunadi Sadikin kepada parlimen, hari ini.

“Bukannya sekarang, tetapi pada masa akan datang apabila kerajaan sudah menyelesaikan program inokulasi wajib ke atas anggota barisan hadapan,” kata Budi Gunadi, hari ini.

Beliau menambah, cadangan tersebut belum dimuktamadkan lagi kerana kerajaan ingin mengelakkan persepsi bahawa mereka menyebelahi golongan kaya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here