IOC cadang beri vaksin Covid-19 kepada semua atlet Olimpik Tokyo

0
34

UNITED KINGDOM – Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) difahamkan sedang bekerjasama dengan Pertubuhan Kesihatan Antarabangsa (WHO) bagi memberikan suntikan vaksin Covid-19 kepada atlet yang akan bakal mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik Tokyo nanti.

Kerjasama tersebut didedahkan oleh The Telegraph, semalam.

Antara lain, laporan tersebut menyebut, IOC sedang cuba mendapatkan bantuan WHO bagi mempercepatkan proses pemberian vaksin dalam kalangan atlet yang mana negara asal mereka belum memulakan program tersebut.

Sukan Olimpik Tokyo yang pada asalnya dijadualkan pada 2020, sudah dua kali ditangguhkan berikutan penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia.

Pada tahun ini, ia dijadualkan dianjurkan pada 23 Julai hingga 8 Ogos, dengan IOC serta penganjur tidak lagi boleh mengambil risiko temasya tersebut ditangguhkan lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here