
CYBERJAYA – Islam itu cukup mudah…itu yang boleh digambarkan apabila pasangan pengantin Izatul Israq dan Shah Rezza Arbaei disatukan dalam majlis serba ringkas semalam.
Apa yang terjadi ialah, akad nikah Izatul dan Shah Rezza hanya diputuskan saat akhir iaitu sehari sebelum tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.
Tanpa baju nikah yang cantik seperti wanita lain, Izatul dan suami hanya mengenakan baju kerja sahaja ketika majlis bersejarah buat mereka berdua di pejabat agama.P
Perkara itu dikongsikan oleh Izatul di laman Facebooknya yang memaklumkan beliau selamat dinikahkan sebelum PKP dan ianya terjadi tanpa sebarang perancangan.

“Di hari terakhir kita bebas sebelum PKP, saya selamat dinikahkan. Semua benda jadi tanpa sebarang perancangan. Saya dan suami hubungi pejabat agama untuk bertanya urusan nikah.
“Sepatutnya pada 1 Februari 2021, jadi pejabat agama pilihan sama ada tunda atau borang kena buat semula atau nikah hari ini (semalam).
“Saya hubungi mak dan abah untuk jelas segalanya, kami berdua putusjan untuk nikah hari ini (semalam). Dan ya…saya tengah kerja dan ambil ‘el’ dan suami dari bersiap nak pergi kerja terus ke pejabat agama.

“Terima kasih mak, Saudah Napiah, abah Abuhashim Hashim, saudara mara dan sahabat yang membantu saya memudahkan urusan saya hari ini (semalam),” katanya di laman Facebooknya semalam.
Didoakan agar pasangan ini terus kekal hingga ke Jannah, Insya-Allah.