JAIS sahkan siasat Muhammad Sajjad

0
617
Nur Sajjat atau Muhammad Sajjad mendakwa dirinya ditahan pada 6 Januari lalu di Pusat Tahanan Sementara (PTS) di Kuala Kubu Bharu.

CYBERJAYA – Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS ) mengesahkan menyiasat usahawan kosmetik kontroversi, Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor.

Menurut JAIS dalam kenyataan, siasatan tersebut dibuat berikutan aduan yang diterima mengenai pelakuannya pada 2018 dan 2020.

“JAIS mengambil maklum berhubung video yang ditularkan Sajjad berkaitan insiden melibatkan dirinya dan beberapa orang penguat kuasa JAIS, baru-baru ini.

“Sajjad telah membuat laporan polis berkaitan insiden tersebut. Pegawai penguat kuasa berkenaan juga telah dipanggil bagi memberikan keterangan keterangan mengenai laporan dibuat (itu),” katanya dalam satu kenyataan lewat malam tadi.

Semalam, media melaporkan Muhammad Sajjad mendakwa dirinya ditahan pada 6 Januari lalu di Pusat Tahanan Sementara (PTS) di Kuala Kubu Bharu.

Dia mendakwa telah dilayan tidak wajar seperti digari walaupun datang bertujuan memberi keterangan dan kerjasama pada pihak JAIS.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here