Jangan bagi muka kepada penceroboh tanah kebun durian

0
232
Aminuddin Yahaya

CYBERJAYA – Tindakan pekebun-pekebun durian yang menceroboh tanah milik kerajaan di Raub, Pahang yang membuat laporan polis untuk menghalang daripada dihalauoleh pihak penguatkuasa dianggap telahmelampaui batas undang-undang negara.

Presiden ISMA dan Pengerusi PEMBELA, Aminuddin Yahaya berkata, walaupun sudah diberikan tempoh penangguhan yang cukup panjang, mereka kini terus mencari helah untuk terus kekal di tanah yang diceroboh.

Lebih teruk lagi katanya, golongan itu kini menuduh kerajaan negeri bersikap zalim dengan melontarkan pelbagai tohmahan yang berkepentingan sendiri, berniat jahat dan cuba menyelewengkan fakta.

“Padahal mereka sudah menjarah hasil selama 40 tahun secara haram sebanyak ribuan hektar. Tidak logik mengatakan mereka ini masih miskin dan serba kekurangan. 

“Bisnes apa yang diusahakan 40 tahun, ribuan hektar, tanpa sebarang cukai, memonopoli pasaran dengan mengenakan harga berlipat kali ganda yang dikatakan serba kekurangan itu? 

“Lucu sungguh. Bak kata pepatah, sudah diberi betis hendak paha pula!,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun kata Aminuddin,  tindakan dan modus operandi itu sememangnya sudah boleh dijangka kerana mereka akan sentiasa memikirkan pelbagai strategi untuk bertapak lebih lama di situ untuk terus mengaut keuntungan.

“Memang sejak awal lagi mereka ‘main permainan’ sebegini untuk memanjangkan lagi keberadaan mereka di tanah tersebut untuk terus meraih hasil. 

“Saya sudah jangka perkara ini akan berlaku apabila penceroboh tanah Raub mengemukakan permohonan rayuan di Mahkamah Rayuan selepas gagal mencabar notis pengosongan tanah di mahkamah pada bulan yang lalu,’’ katanya.

Tegas Aminuddin, kumpulan penceroboh itu sebelum ini mendakwa bahawa Pejabat Tanah Raub mengeluarkan notis merah bertarikh 21 Disember 2020 dan meminta semua penceroboh untuk meninggalkan tanah tersebut sebelum 4 Januari 2021.

“Kita tunggu dan lihat. Apakah mereka benar-benar akan meninggalkan tanah tersebut atau akan berlaku ‘himpunan protes’ nanti?

Berhubung gesaan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat siri-siri pencerobohan tanah yang lain di seluruh negeri Pahang, beliau berkata perkara itu tidak disebut oleh kerajaan negeri.

Beliau juga berharap, isu yang sama akan terus dibangkitkan oleh wakil rakyat di media. 

“Rakyat dan NGO-NGO Melayu/Islam akan pantau kes ini sehinggalah ianya dikembalikan kepada kerajaan negeri dan penceroboh-penceroboh berkenaan dihalau dan dijatuhkan hukuman. 

“Jangan jadikan alasan kononnya mereka telah membelanjakan ribuan ringgit dan berkerja keras puluhan tahun untuk kerajaan negeri tunduk kepada tuntutan mereka. Kita kena ingat, salah tetap salah walaupun telah membelanjakan ribuan ringgit,’’ katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here