Jangan libatkan tentera dalam isu politik – bekas Setiausaha Pertahanan AS

0
117

WASHINGTON – Sebanyak 10 bekas Setiausaha Pertahanan Negara Amerika Syarikat (AS) yang masih hidup menyuarakan amaran supaya pihak tentera tidak dilibatkan dalam urusan politik.

Menurut al-Jazeera, amaran tersebut diterbitkan semalam dalam ruangan rencana akhbar berpengaruh The Washington Times.

Rencana tersebut menyatakan, sebarang tindakan melibatkan tentera bagi menyelesaikan kemelut politik hanya akan membawa AS ke “kancah bahaya, melanggar undang-undang dan tidak berlandaskan perlembagaan”.

Kenyataan tersebut dianggap sebagai satu ‘teguran’ kepada Presiden Donald Trump yang masih enggan mengakui kekalahannya pada pilihan raya presiden lalu.

Trump tewas kepada calon Demokrat, Joe Biden yang akan mengangkat sumpah sebagai Presiden pada 20 Januari ini.

Kenyataan itu ditandatangani oleh Dick Cheney, William Perry, Donald Rumsfeld, William Cohen, Robert Gates, Leon Panetta, Chuck Hagel, Ash Carter, James Mattis dan Mark Esper.

Untuk rekod, Mattis merupakan setiausaha pertahanan ketika pentadbiran Trump, namun meletakkan jawatan pada 2018 dan digantikan oleh Esper, yang kemudiannya dipecat beberapa hari selepas pilihan raya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here