Jepun: Kes bunuh diri kembali meningkat selepas 10 tahun

0
104

TOKYO – Angka kes bunuh diri di Jepun kembali meningkat dalam masa satu dekad, dengan pertambahan ketara dalam kalangan wanita dan kanak-kanak.

Menurut AFP, angka tersebut terkandung dalam satu laporan yang dterbitkan oleh Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Jepun, hari ini.

Laporan tersebut menyebut, sebanyak 20,919 individu membunuh diri pada tahun 2020, naik 3.7 peratus daripada tahun sebelumnya.

Jika dibandingkan dengan kes kematian akibat Covid-19 pada waktu yang sama, Jepun merekodkan sebanyak 3,460 kematian.

“Pandemik ini memaksa individu berdepan dengan situasi yang tidak dijangkakan,” kata seorang pegawai kementerian kepada AFP.

Sementara itu, menurut seorang pakar dari Universiti Waseda, pertambahan ini adalah sesuatu yang agak membimbangkan.

“Situasi yang wujud akibat koronavirus merupakan satu faktor utama.

“Kita tidak boleh menafikan kemungkinan angka (bunuh diri) akan meningkat tahun ini,” kata Michiko Ueda yang mengkaji trend bunuh diri di negara tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here