Joe Biden angkat sumpah Presiden AS ke-46

0
37

WASHINGTON – Joe Biden dengan rasminya telah mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-46, hari ini.

Turut mengangkat sumpah dalam upacara ini adalah timbalan beliau, Kamala Harris.

Upacara mengangkat sumpah tersebut diadakan di hadapan bangunan Capitol.

Selain anggota Dewan Perwakilan, ahli Senat dan ahli keluarga Biden dan Harris, upacara tersebut turut dihadiri oleh beberapa bekas presiden AS antaranya George Bush Jr., Bill Clinton dan Barrack Obama.

Walau bagaimanapun, bekas presiden Donald Trump yang tewas kepada Biden dalam pilihan raya presiden tidak menghadiri upacara ini, sebaliknya terus pulang ke kediaman peribadinya di Florida sebelum upacara ini bermula.

Untuk rekod, Trump menjadi bekas presiden yang pertama dalam masa lebih 150 tahun tidak menghadiri upacara angkat sumpah penggantinya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here