Jom ‘order’ di Malakat Cloud Kitchen

0
125
Pelanggan boleh membuat pesanan secara terus di Malakat Cloud Kitchen

CYBERJAYA- Bermula hari ini, Malakat Mall menerusi Malakat Food telah mengaktifkan Malakat Cloud Kitchen bagi menghantar pesanan pelanggan secara terus ke destinasi pilihan.

Perkhidmatan yang diaktifkan sempena pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu akan beroperasi pada setiap hari bermula pada pukul 8 pagi sehingga pukul 7.30 malam.

Ketua Pegawai Operasi Makanan dan Minuman (F&B) Malakat Mall, Aziz Juhari berkata, perkhidmatan itu memudahkan orang ramai untuk memesan makanan dan minuman di Malakat Mall.

Penghantaran untuk jarak sehingga 20 kilometer

“Kami hanya caj RM5 bagi penghantaran makanan kurang dari 10 kilometer. Bagi penghantaran lebih 10 Kilometer, caj RM1 dikenakan bagi setiap 1 km dan terhad kepada 20 km sahaja. 

“Jadi jangan risau, walaupun PKP kembali dilaksanakan, Malakat Cloud Kitchen tetap ada untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Pesan apa sahaja dan kami hantar,” katanya.

Penghantaran yang sempurna untuk pelanggan

“Kita ada macam-macam pilihan menarik di Bunch-Oh, Teh Tarik Corner, Its’Thai, Red Hots, Ayam Kampung Lejen, Burger Boy, Tea Amo serta pemanis mulut dan kek di Sweet Talk Patisserie,” katanya.

Pesanan boleh dibuat melalui aplikasi WhatsApp di :-

〽️Bunch Oh : https://wa.link/mr78x1

〽️TTC : wa.link/lsh6ne

〽️It’s Thai: https://wa.link/vh1gg6

〽️Red Hots: https://wa.link/r6dg1v

〽️Ayam Kg Lejen: https://wa.link/3pcmva

〽️Burger Boy: https://wa.link/joajk4

〽️Tea Amo: https://wa.link/z7y2eh

〽️Sweet Talk Patisserie: https://wa.link/1h92q2

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here