Jom sertai Intensif Sijil Pengajian Agama Islam secara percuma

0
69
Biro Dakwah Malakat Mall menganjur Program Sijil Pengajian Agama Islam

CYBERJAYA- Sempena pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, Biro Dakwah Malakat Mall dan Raudhah College mengajak orang ramai belajar agama secara percuma.

Ketua Pegawai Eksekutif Raudhah College, Dr. Taha Omar berkata, pembelajaran agama itu dilaksanakan melalui Kempen Kembali Kepada Allah yang disiarkan secara langsung.

“Kejayaan jin dan manusia hanyalah dengan mengamalkan agama yang sempurna, taat kepada Allah dan ikut cara Rasulullah SAW. 

“Tetapi ramai daripada kita berhenti belajar agama secara berstruktur setelah meninggalkan alam persekolahan. Ramai kita kini belajar ‘ceduk sana’ ‘ceduk sini’.

“Ayuh manfaatkan PKP 2.0 dengan bersama menyertai Kempen Kembali Kepada Allah, sepanjang PKP yang bermula hari ini sehingga 26 Januari marilah kita belajar secara berstruktur dan berusaha menguasai program Intensif Sijil Pengajian Agama Islam.

“Program ini dianjurkan Biro Dakwah Malakat Mall dengan kerjasama Raudhah College dan Platform Ethical Malakat Now secara percuma,” katanya.

Menurut Dr. Taha, beliau sendiri akan mengajar dalam program Intensif Sijil Pengajian Agama Islam yang merangkumi lima subjek pengajian Islam iaitu Akidah 101, Akhlak 101, Ibadah  101Muamalah 101 dan Muasyarah 101.

“Program ini akan diadakan selama 10 hari sahaja bermula iaitu setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 7 pagi

“Jangan lupa ‘like’ Facebook #MalakatNow dan kongsikan hebahan ini kepada semua rakan-rakan dan keluarga anda.

“Semoga Allah menurunkan bantuanNYA untuk kita Kembali Kepada Allah dan membantu kita mendapat keupayaan mengamalkan agama dengan sempurna,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here