Jumlah kes aktif hampiri 50 ribu

0
48

CYBERJAYA – Jumlah kes aktif Covid-19 di dalam negara semakin menghampiri 50 ribu apabila sebanyak 5,298 lagi kes baharu dilaporkan, hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), jumlah kes yang masih aktif adalah sebanyak 48,150 kes, yang mana 313 daripadanya sedang dirawat di unit rawatan rapi dengan 127 daripadanya diberi bantuan pernafasan.

Negeri yang melaporkan kes tertinggi pada hari ini adalah Selangor dengan 2,460 kes, diikuti Johor dengan 1,020 kes, dan Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur dengan 783 kes.

Pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan di dalam negara kepada 214,959 kes.

Sementara itu, jumlah keseluruhan kes sembuh turut naik kepada 166,049 apabila sebanyak 4,522 kes diklasifikasikan sebagai telah pulih.

Angka kematian akibat pandemik ini turut bertambah kepada 760 apabila sebanyak 14 laporan kematian diterima di seluruh negara hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here