Kadar kebolehjangkitan tertinggi di Terengganu

0
88
Infografik kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 di seluruh negara hari ini.

CYBERJAYA – Ketika kadar kebolehjangkitan (Rt) kes harian Covid-19 di seluruh negara mula menurun, Terengganu hari ini mencatatkan kadar kebolehjangkitan tertinggi iaitu pada 1.36.

Perkara itu dikongsikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Ahmad melalui statistik Rt negara di Twitternya hari ini.

Berdasarkan infografik itu, Melaka merekodkan Rt kedua tertinggi pada 1.28, diikuti Sarawak (1.25), Putrajaya (1.19), Perak (1.17), Kedah (1.15), Perlis (1.15), Kuala Lumpur (1.12), Labuan (1.11) Pahang (1.1), Selangor (1.1) dan Kelantan (1.09)

Semalam, Dr. Noor Hisham mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang mula menunjukkan penurunan kadar Rt negara yang sehingga hari ini berada pada kadar 1.04.

Infografik kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 di seluruh negara hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here