Kakitangan Tamarind Square positif Covid-19

0
107
Kenyataan berkenaan Covid-19 dikeluarkan oleh pihak pengurusan Tamarind Square, di Cyberjaya.

CYBERJAYA – Pihak pengurusan pusat beli belah Tamarind Square di sini mengesahkan salah seorang kakitangannya positif Covid-19 pada Sabtu lalu.

Menurut kenyataan dikeluarkan, kakitangan berkenaan dilaporkan bertugas kali terakhir pada 14 Januari lalu.

“Sebagai langkah pencegahan, kami akan menutup operasi Tamarind Square & Pejabat Pengurusan Suite  bermula dari tarikh pengesanan kes sehingga 19 Januari 2021. 

“Semua kakitangan di Tamarind Square & Pejabat Pengurusan Suite akan menjalani ujian saringan Covid-19,’’ menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, langkah-langkah sanitasi dan nyah kuman dilaksanakan di premis berkenaan seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Sehubungan itu, pihak pengurusan Tamarind Square menasihatkan pemilik premis, pengunjung dan penghuni mengambil langkah berjaga-jaga dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang berada di pusat beli belah berkenaan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here