Kartel daging: 2 pegawai MAQIS ditahan SPRM

0
126
Daging Segar – Gambar Hiasan

JOHOR BAHRU – Dua pegawai Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi membantu siasatan berhubung kegiatan rasuah melibatkan aktiviti penyeludupan bahan mentah sejuk beku dari negara yang dilarang untuk dibawa masuk ke Malaysia.

Memetik laporan Bernama yang memetik satu sumber, kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 27 dan 31 tahun ditahan di Pejabat SPRM Johor, kira-kira 11 malam tadi.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi Bernama mengesahkan tangkapan tersebut namun enggan mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan.

Beliau memaklumkan kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pagi ini untuk permohonan reman.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here