Kartel daging: Dua pegawai Maqis direman lima hari

0
382
Dua pegawai Maqis Johor direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan SPRM

OHOR BAHRU – Dua pegawai Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor direman selama lima hari bermula hari ini.

Penahanan itu bagi membantu siasatan kes sindiket kartel daging sejuk beku import yang didedahkan sejak awal Disember lalu.

Kedua-dua mereka yang masing-masing berusia 27 tahun dan 31 tahun ditahan reman selepas disyaki terlibat dengan sindiket berkenaan.

Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar, Nur Izzaty Muhammad Zahari di Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini.

Kedua-dua suspek dipercayai melakukan jenayah berkenaan ketika berkhidmat di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah.

Terdahulu, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor, Datuk Azmi Alias mengesahkan penahanan dua pegawai berkenaan.

“Mereka ditahan  kerana disyaki menerima rasuah bagi aktiviti penyeludupan bahan mentah sejuk beku dari negara yang dilarang untuk dibawa masuk ke Malaysia.

“Mereka ditahan bagi membantu siasatan yang dijalankan pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here