Kartel daging: Kerajaan didesak segera laksanakan RCI

0
105
Daging Segar – Gambar Hiasan

RAUDHAH CITY – Kerajaan didesak supaya menyegerakan cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu penyeludupan daging yang menyalahgunakan logo halal.

Naib Pengerusi Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Masridzi Sat berkata, langkah itu amat perlu memandangkan banyak agensi dan pihak yang terlibat dalam isu tersebut.

“Kita perlukan RCI ditubuhkan dengan segera supaya ada siasatan yang telus sebab banyak agensi dan pihak yang terlibat dalam isu ini, jadi tidak boleh diselesaikan oleh satu agensi sahaja dengan mengeluarkan satu kenyataan media seperti kenyatan siapa yang ragu makan daging import, janganlah makan.

“Itu bukanlah kenyataan seorang pemimpin dan bukan orang yang selesaikan masalah. Isu ini adalah melibatkan umat Islam dan memerlukan kesahihan serta satu jaminan halal yang ditentukan oleh pihak berkuasa,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, lebih parah apabila pihaknya difahamkan pengimport daging dan produk sejuk tersebut merupakan bukan Islam sehingga mendedahkan kepada satu bentuk pengkhianatan.

“Apabila isu ini timbul kita melihat semua umat islam menjadi kucar kacir, keliru dan resah. Kegagalan mengawal daging import ini menyebabkan berlakunya pengkhianatan terhadap logo halal sehingga berlakunya sindiket kartel daging tidak halal dalam negara.

“Kesannya juga terpaksa ditanggung oleh peruncit dan pengedar dalam kalangan usahawan Muslim yang terpaksa menerima kesilapan yang berlaku sebelum ini,” ujarnya.

Sementara itu, Masridzi berkata, pengambilan daging diragui status halalnya juga menyebabkan berlakunya masalah integriti dan akidah dalam kalangan generasi umat Islam pada masa sekarang.

“Kita cukup risau anak-anak yang masuk puusat pemulihan semakin hari semakin banyak dengan masalah kerosakan akhlak, gejala sosial, maksiat dan murtad.

“Ini disebabkan daging yang masuk ke dalam tubuh badan tiada pelindungan lagi dengan banyak syubhah dan benda-benda tidak elok dan ini juga mungkin merupakan agenda musuh untuk menjahanamkan umat Islam melalui pemakanan,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here