Kartel Daging: SPRM tahan dua pegawai MAQIS Johor

0
235

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pegawai Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor.

Mereka disyaki terbabit dalam kegiatan rasuah berhubung aktiviti penyeludupan bahan mentah sejuk beku dari negara yang dilarang untuk dibawa masuk ke Malaysia.

Menurut laporan Bernama, kedua-dua suspek masing-masing berusia 27 dan 31 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Johor, kira-kira pukul 11 malam tadi.

Daging Import – Gambar Hiasan

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias mengesahkan tangkapan tersebut namun, beliau enggan mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan.

Beliau hanya memaklumkan kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pagi ini untuk permohonan reman.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here