Kartel Daging: SPRM tahan pengarah syarikat

0
135
SPRM menahan seorang pengarah syarikat berhubung kes kartel daging

CYBERJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengarah syarikat ditahan bagi membantu siasatan berhubung isu kartel daging haram.

Suruhanjaya itu dalam satu kenyataan memaklumkan, pengarah berkenaan ditrahan di Johor Bahru pada Ahad lalu dan akan direman selama enam hari bermula hari ini.

“Suspek yang berumur 36 tahun itu direman selama enam hari bermula Isnin (hari ini) selepas permohonan reman dibenarkan oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru.

“Sejak 4 Januari lalu, sebanyak lapan individu telah ditahan berhubung kes berkenaan.

“Sebanyak 27 orang saksi juga telah dipanggil dalam siasatan kes ini yang terdiri daripada pekerja syarikat, ejen pengimport serta pegawai kerajaan,” katanya.

SPRM memaklumkan, pihaknya masih aktif menjalankan siasatan termasuk menganalisis maklumat, pengumpulan bukti-bukti serta akan membuat beberapa lagi tangkapan bagi melengkapkan siasatan.

“Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 yang menjurus kepada kesalahan menerima rasuah, mengemukakan tuntutan palsu serta kesalahan berkaitan pemalsuan dokumen,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here