Kedai elektrik ‘3 Wayar’ akan dibuka di Malakat Mall Februari ini

0
197
Coach Fadzil bersama pihak pengurusan Malakat Mall berbincang dengan pemilik kedai elektrik yang ingin dijual.


CYBERJAYA – Sebuah kedai elektrik dengan nama ‘3 Wayar’ yang menjual pebagai jenama barangan akan dibuka di Malakat Mall pada Februari ini.n

Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim berkata, proses ambil alih kedai kedai eleketrik rakannya sudah dimuktamadkan hari ini.  

“Alhamdulillah! Finalise Deal! 3 Wayar, Kedai Letrik Anda!

“Proses ambil alih kedai kawan saya bermula. Nak buka kedai letrik bukan mudah. Nak dapat dealership account dengan manufacturer seperti Samsung, Daikin dan lain-lain bukan mudah.

“Allah bantu bagi mudah, kawan lama kebetulan nak jual kedai. Doakan yang terbaik! 3 Wayar akan mula menjual di Malakat Mall pada awal Februari 2021 Insya-Allah,” katanya di laman Facebook hari ini.

Sebelum ini, Malakat Tribune melaporkan Malakat Mall bakal memiliki kedai barangan elektrik yang berkonsepkan rangkaian popular seperti Harvey Norman dalam masa terdekat.

Peluang itu terhasil selepas seorang pemilik kedai elektrik bersetuju untuk menjual perniagaan yang diusahakan kepada Mohd. Fadzil atau lebih dikenali Coach Fadzil.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here