Kemusnahan Air Terjun Segari berpunca daripada projek kuari granit

0
148
Keadaan Air Terjun di Segari yang musnah teruk

CYBERJAYA – Siasatan yang dilakukan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak mengesahkan kemusnahan Air Terjun Tanjung Batu di Hutan Simpan Segari Melintang, Manjung, Perak berpunca dari tapak projek kuari granit berhampiran.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, siasatan awal mendapati terdapat enam ketidakpatuhan syarat kelulusan penilaian kesan kepada alam sekitar (EIA) berlaku.

“Terutamanya melibatkan kerja-kerja tanah yang dijalankan tanpa mengikut pelan Land Disturbing-Pollution Prevention and Mitigation Measures (LD-P2M2).

“JAS Perak telah memasang cordon tape, arahan di lapangan dan notis arahan juga telah dikeluarkan untuk tindakan remedi,” katanya dalam satu hantaran menerusi Facebook miliknya hari ini.

Papan tanda pihak yang menjalankan kerja kuari di kawasan berkenaan

Berikutan itu, Tuan Ibrahim berkata, JAS Perak sedang melengkapkan kertas siasatan dan memanggil pihak-pihak yang berkaitan.

Semalam, Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad telah mengarahkan Jabatan Perhutanan dan JAS untuk melakukan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan berlaku kerosakan di sekitar kawasan Air Terjun Tanjung Batu yang tular di media sosial baru-baru ini.

Beliau juga meminta Pihak Perbadanan Menteri Besar (MB Inc.) menyediakan laporan terperinci mengenai aktiviti kuari yang didakwa menjadi punca kepada kerosakan di kawasan berkenaan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here