Kerajaan diminta tangguh semula pembukaan sekolah

0
257
Gambar hiasan.

CYBERJAYA – Kerajaan digesa melanjutkan tarikh pembukaan semula sesi persekolahan yang dijadualkan bermula pada 20 Januari ini bagi mengelak risiko jangkitan Covid-19 yang lebih meluas dan serius di negara ini.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia (Amal Sejagat), Mohd Nor Izzat Mohd Johari berkata, sesi persekolahan perlu ditangguhkan sekurang-kurangnya 14 hari lagi manakala pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di tempat-tempat awam.

Beliau berkata, satu kesepakatan yang kuat diperlukan dalam usaha mengekang pandemik itu khususnya antara kerajaan pusat dengan kementerian, kerajaan negeri dan agensi yang berkenaan.

Selain itu katanya, kerajaan juga perlu mengambil kira bencana banjir yang menyaksikan sekolah dijadikan pusat pemindahan sementara dan para guru pula terlibat dalam bantuan mangsa banjir.

“Amal Sejagat memohon kepada pihak YAB Perdana Menteri supaya mengambil berat cadangan ini dan mempertimbangkan agar sekolah dibuka 14 hari selepas tempoh akhir yang telah diberikan.

“Memandangkan sekolah telah menjadi pusat penempatan sementara dan guru-guru yang terlibat telah bertugas sepanjang persediaan dan ketika ini, majoriti guru di sekolah ini masih bertugas membantu mangsa banjir,” katanya dalam kenyataan di Facebook Amal Sejagat hari ini.

MOHD. NOR IZZAT MOHD. JOHARI

Selain itu Mohd Nor Izzat berkata, pembukaan sesi persekolahan di negeri-negeri yang tidak terlibat banjir juga tidak wajar memandangkan kes Covid-19 harian yang masih terlalu tinggi. 

“ Semoga 5 juta murid yang bakal bersekolah diberi pelindungan daripada wabak Covid-19. Amal Sejagat juga  berharap agar semua tempat awam dikuatkuasakan PKP semula kerana faktor peningkatan jumlah angka pesakit Covid-19 yang terlalu tinggi.

Bagi pelaksanaan PKP, beliau berkata tempoh yang dicadangkan adalah selama 28 hari iaitu 14 hari pertama untuk mengekang penularan wabak dan 14 hari lagi untuk tempoh pemulihan

“Jika tidak dibuat sekarang, kemungkinan angka terus meningkat. Laksanakan atau terus menjadi bencana,’’ katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here