Kerajaan Perancis tidak akan benarkan Carrefour diambil alih

0
353

PARIS – Menteri Kewangan Perancis bertegas tidak akan membenarkan pengambil alihan gergasi peruncitan negara tersebut, Carrefour dilaksanakan oleh entiti luar negara.

Menurut Reuters, kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Bruno Le Maire ketika disoal berkenaan cadangan pengambil alihan yang diutarakan oleh firma Alimentation Couche-Tard dari Kanada.

Difahamkan, tawaran firma dari Kanada tersebut bernilai hampir USD$20 bilion (RM80.73 bilion).

“Keselamatan makanan merupakan aset strategik negara, oleh kerana itu kita sama sekali tidak akan menjual pemain penting peruncitan negara (kepada entiti luar),” kata Le Maire ketika ditemubual oleh rangkaian BFM TV, hari ini.

“Jawapan saya jelas, tidak. Tidak ini merupakan jawapan yang berhemah, dan ini merupakan jawapan saya yang jelas dan terakhir,” kata Le Maire lagi.

Carrefour mempunyai seramai 105,000 pekerja di seluruh Perancis menjadikan ia sebagai majikan sektor swasta terbesar di negara tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here