Kerajaan peruntuk RM15 bilion menerusi PERMAI untuk bantu rakyat, pulihkan ekonomi

0
52
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

CYBERJAYA – Kerajaan memperuntukan wang sebanyak RM15 bilion menerusi Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bagi membantu rakyat dan memastikan sektor ekonomi dapat bertahan ketika ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pakej bantuan PERMAI itu akan menambah baik inisiatif sedia ada yang masih berterusan dan juga mempercepatkan pelaksanaan inisiatif yang berkaitan. 

“Sebanyak 22 inisiatif akan dilaksanakan di bawah PERMAI yang berteraskan kepada tiga matlamat utama iaitu memerangi wabak Covid-19; memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan,” katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri hari ini.

Muhyiddin berkata, menerusi matlamat pertama itu, kerajaan telah menyediakan dana tambahan sebanyak RM1 bilion, merangkumi hampir 800 juta ringgit kepada Kementerian Kesihatan dan selebihnya kepada Majlis Keselamatan Negara dan juga agensi-agensi lain yang terlibat. 

Katanya, penyediaan peruntukan ini menumpukan kepada bekalan antaranya tambahan reagen dan kit saringan, serta peralatan PPE terutama kepada petugas kesihatan.

Beliau berkata, dalam usaha untuk mengukuhkan kesihatan negara, seramai 8,000 petugas kesihatan tambahan untuk Kementerian Kesihatan telah diluluskan pada tahun lepas. 

Perdana Menteri berkata, mengambil kira situasi semasa, kerajaan akan menambah lebih daripada 3,500 anggota kesihatan yang mula bertugas pada hujung bulan ini, dengan peruntukan tambahan RM150 juta ringgit. 

“Ini terdiri daripada penolong pegawai perubatan, paramedik, juruteknologi makmal dan jururawat. Saya memberi jaminan, sekiranya terdapat keperluan akan datang dan bagi menggerakkan program imunisasi kelak, Kerajaan bersedia menambah pengambilan baharu,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here