Kerana joging, RM1,000 melayang

0
1025
Gambar Hiasan

AYER KEROH – Sebanyak 17 individu termasuk sekumpulan penjawat awam dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang kerana berjoging di Hutan Rekreasi Sungai Udang, Melaka petang semalam.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali berkata, individu berumur antara 13 hingga 41 tahun itu dikompaun di bawah Peraturan 10, Perintah Kawalan Pergerakan dan Penyakit Berjangkit 2021.

“Pada pukul 6 petang semalam, pasukan pemantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 sedang melakukan rondaan dan didapati kira-kira 36 individu sedang melakukan aktiviti joging di kawasan itu.

“Bagaimanapun, 19 individu berjaya melarikan diri bagi mengelak dikenakan kompaun meskipun mereka sedia maklum semua taman rekreasi di negeri ini tidak boleh beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Pada awalnya kita hendak tahan 36 orang, tetapi kita berjaya kompaun 17 sahaja. Dalam usaha kita mengekang wabak Covid-19, perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here