Kilang proses ayam buang sisa ke dalam loji kumbahan diserbu

0
47
Penguatkuasa SPAN dan IWK melakukan serbuan ke atas kilang tersebut

CYBERJAYA – Sebuah kilang memproses ayam di Kawasan Perindustrian Deluse, Kapar, Klang diserbu selepas disyaki membuang sisa pemprosesan ayam ke dalam sistem pembetungan.

Menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), sisa tersebut seterusnya masuk ke loji rawatan kumbahan awam yang boleh memberi kesan terhadap sistem rawatan kumbahan awam dan juga alam sekitar.

“Operasi bersepadu melibatkan pihak SPAN dan Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK).

“ini adalah isyarat jelas bahawa tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil ke atas mana-mana pihak yang disyaki melepaskan sebarang efluen terlarang ke dalam lurang pembetungan awam yang mana akan memberi impak kepada sistem rawatan kumbahan awam dan juga alam sekitar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kilang memproses ayam itu didapati membuang sisa ke dalam loji kumbahan

Katanya, perbuatan melepaskan atau membuang sebarang efluen terlarang ke dalam sistem pembetungan awam boleh disiasat di bawah Seksyen 61(1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655).

Jelasnya, di bawah akta itu, mereka yang disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000.00 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, SPAN juga meminta orang ramai yang mempunyai sebarang aduan atau maklumat berkenaan pencemaran menghubungi talian 03-8317 9333 atau emel aduan@span.gov.my.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here