KKM dan Mercy sediakan talian kaunseling berkaitan Covid-19

0
101
Poster mengenai Talian Sokongan Psikososial Covid-19.

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) dengan kerjasama Mercy Malaysia (Mercy) mewujudkan Talian Sokongan Psikososial bagi menyediakan khidmat kaunseling kepada petugas-petugas kesihatan yang terkesan akibat wabak Covid-19.

KKM dalam kenyataan dikongsikan di Facebook hari ini memaklumkan bahawa talian tersebut juga dibuka kepada orang ramai yang ingin mendapatkan khidmat yang sama.

“Perkhidmatan ini dikendalikan oleh petugas psikologi KKM dan sukarelawan Mercy.

“Waktu operasi terkini talian adalah Isnin hingga Jumaat dari pukul 8 pagi hingga 5 petang,” menurut poster dikongsikan hari ini.

KKM berharap, kemudahan khidmat kaunseling itu dapat dimanfaatkan oleh mereka yang memerlukan terutama mereka yang terkesan akibat wabak Covid-19 secara psikologi.

Perkhidmatan itu boleh dihubungi di talian 03-2935 9935/ 014-322 3392/ 011-639 96482/ 011-639 94236 – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here