KKM yakin lengkuk jangkitan Covid-19 mampu dilandaikan Mei nanti

0
18

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) optimis lengkuk kes jangkitan Covid-19 di dalam negara mampu dilandaikan pada Mei nanti.

Namun, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, keputusan tersebut hanya akan dapat dicapai sekiranya rakyat Malaysia patuh kepada arahan kerajan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang bermula pada hari ini.

Bagi pelaksanaan PKP 2.0 sehingga 26 Januari ini, kerajaan mengenakan tiga tahap berbeza bagi negeri yang terjejas iaitu PKP, PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).

Untuk rekod, negeri yang dikenakan PKP adalah Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

Negeri yang dikenakan PKPB adalah Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan, manakala Perlis dan Sarawak dikenakan PKPP.

Antara sekatan yang dikenakan adalah larangan merentas negeri bagi ketiga-tiga kategori PKP, manakala larangan merentas daerah turut dikenakan bagi negeri dikenakan PKP.

“Kita tidak mahu PKP dilanjutkan kerana impak negatif kepada ekonomi.

“Jika dalam tempoh 2 minggu kita semua boleh duduk di rumah dan patuhi peraturan, In sya Allah kita akan berjaya memutuskan rantaian jangkitan,” kata Dr. Noor Hisham dalam satu sidang akhbar, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here