Kongres AS sahkan undi elektoral Biden, Harris

0
102
Joe Biden (kiri) dan Kamala Harris (kanan)

WASHINGTON – Kongres Amerika Syarikat (AS) mengesahkan undi elektoral yang diperoleh Joe Biden pada pilihan raya presiden lalu, sekaligus mengukuhkan kedudukan beliau untuk dilantik sebagai Presiden AS yang baharu.

Menurut al-Jazeera, Biden akan dilantik ke jawatan tersebut pada 20 Januari depan.

Jawatan Timbalan Presiden AS pula akan dijawat oleh Kamala Harris, yang akan mengangkat sumpah pada hari yang sama.

Keputusan Kongres ini merupakan satu tamparan hebat kepada penyandang jawatan presiden, Donald Trump yang berkali-kali mengatakan kekalahan beliau pada pilihan raya yang lepas adalah akibat ‘pemalsuan undi’ dan ‘undi curi’.

Tindakan Trump ini dilihat sebagai satu tindakan terdesak dalam mempertahankan jawatan itu bagi membolehkannya kekal dalam jawatan tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here