Kopitiam hidang makanan tidak halal jadi tumpuan pengunjung Muslim ‘diserbu’

0
4243
Seorang tukang masak kopitiam itu sedang menyediakan hidangan

SEREMBAN – Sebuah kopitiam milik bukan Islam yang menghidangkan makanan tidak halal diserbu oleh penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) semalam berikutan sering dikunjungi pelanggan beragama Islam.

Menurut JHEAINS dalam satu hantarabn dalam Facebook miliknya, kopitiam yang beralamat di Kuala Pilah itu dipantau selepas mendapat aduan daripada orang awam.

“Pemantauan dijalankan atas aduan orang awam yang mendakwa premis tersebut sering dikunjungi oleh orang Islam.

“Hasil pemeriksaan mendapati premis tersebut tiada tukang masak beragama Islam dan bahan ramuan yang digunakan juga tiada sijil halal,” katanya.

Kopitiam itu didapati menyediakan bahan ramuan yang tiada sijil halal

Sehubungan itu, JHEAINS, menasihatkan pelanggan beragama Islam supaya mengelakkan daripada mengunjungi premis makanan yang tiada sijil halal.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here