Ku Li dijangkiti Covid-19, terima rawatan di PPUM

0
44
Tengku Razaleigh

CYBERJAYA – Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah disahkan positif Covid-19 dan sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Menurut Astro Awani yang memetik satu sumber, Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO itu berada dalam keadaan sihat dan stabil serta tidak mengalami sebarang komplikasi.

“Tengku Razaleigh menjalani ujian saringan baru-baru ini dan keputusannya disahkan positif. Beliau kini di PPUM dan berada dalam keadaan stabil.

“Beliau kontak rapat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Ab. Aziz Yusoff yang disahkan positif baru-baru ini,” katanya.

Pada 9 Januari lalu, Adun Nenggiri dan Ketua Pemuda UMNO Gua Musang Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani disahkan positif Covid-19.

Sebelum ini, pegawai Tengku Razaleigh, Lokman Abdul Ghani juga disahkan positif Covid-19 dan menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here