Langkah tepat umum darurat

0
92
Bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang

CYBERJAYA- Pengisytiharan darurat seperti diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah adalah satu langkah yang tepat.

Bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, langkah berkenaan dapat memastikan usaha memerangi pandameik Covid-19 dapat ditumpukan.

“Darurat yang diumumkan adalah di bawah kuasa Artikel 150 Perlembagaan yang mana Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa. Darurat ini tumpukan kepada Covid-19 yang ancam negara sahaja.

“Dalam perkara ini, saya menyokong. Namun, dalam masa yang sama perlu ada jawatankuasa yang menasihatkan Yang di-Pertuan Agong dalam semua aspek dan bukan Covid-19 sahaja.

“Perlu termasuk soal keselamatan, pendidikan, agama dan banyak lagi. Semasa perintah darurat, Yang di-Pertuan Agong  boleh mengambil tindakan atas saranan jawatankuasa ini.

“Jadi, tepat sekali (pengumuman darurat)…Yang di-Pertuan Agong boleh tubuh badan yang berfungsi untuk but apa sahaja yang difikirkan perlu untuk kebaikan negara,” katanya ketika ditemui hari ini.

Terdahulu hari ini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankan tempoh pelaksanaan darurat sehingga 1 Ogos atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal

Menurut Abdu Zahar, terlalu banyak isu keselamatan berlaku sekarang termasuk macau scam, kemasukan warga asing yang terlalu ramai, MyKad palsu serta pasport palsu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here