Lanjutan waktu operasi premis makanan dirujuk KKM

0
109
Ismail Sabri

KUALA LUMPUR- Kerajaan akan mendapatkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) sama ada untuk membenarkan waktu operasi premis makanan di negeri-negeri yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, kerajaan akan mempertimbangkan perkara itu memandangkan kes Covid-19 harian yang masih tinggi ketika ini.

Beliau berkata, saranan melanjutkan tempoh operasi itu dikatakan menyukarkan orang ramai untuk mendapatkan makan malam dan menyebabkan golongan peniaga hilang mata pencarian.

“Kita juga menerima pertanyaan daripada beberapa orang, semua premis perniagaan ditutup pada jam 8 malam. Kalau restoran tutup jam 10 malam maka perlukah buka kedai lain sampai jam 10 malam?

“Kes sekarang masih dalam sekitar 3,000 lebih. Susah juga itu, jadi biarlah KKM keluarkan pandangan mereka,” katanya menurut laporan Malaysiakini pada Selasa.

Pada sidang akhbar mengenai perkembangan PKP pada Selasa lepas, Ismail Sabri memaklumkan kerajaan menetapkan had waktu untuk restoran dibuka hanya antara jam 6 pagi hingga 8 malam setiap hari.

Ismail berkata, ini termasuk kedai makan, penjaja tepi jalan dan beredar serta medan selera namun tidak boleh makan di premis berkenaan kerana hanya penghantaran, pembungkusan dan pandu lalu dibenarkan.

Bagaimanapun, sejak PKP dilaksanakan bermula Rabu lalu, ada dalam kalangan orang ramai menyuarakan rasa tidak puas hati mengenai kekangan masa untuk mendapatkan makan malam setelah pulang daripada bekerja.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here