Laporan Timbalan Menteri langgar SOP tidak benar

0
41

Dr Noor Azmi Ghazali

KUALA LUMPUR – Laporan dua buah portal yang mendakwa Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), adalah tidak benar.

Pejabat Timbalan Menteri Kesihatan I dalam satu kenyataan memaklumkan, dua portal berkenaan telah memuat naik artikel yang mendakwa Dr Noor Azmi menerima kunjungan hormat daripada sekumpulan individu di pejabat beliau, pada hari pertama PKP iaitu semalam.

Bagaimanapun, gambar tersebut sebenarnya dikatakan dirakam pada hari terakhir sebelum pelaksanaa PKPB pada 12 Januari 2021.

“Tulisan dan dakwaan yang dibuat kedua-dua portal tersebut adalah tidak benar sama sekali. Gambar kunjungan itu adalah pada 12 Jan, iaitu sehari sebelum pelaksanaan PKP.

“Oleh itu, Pejabat Timbalan Menteri Kesihatan I memohon agar portal terbabit menarik balik tuduhan, dakwaan dan maklumat tidak benar yang disiarkan dengan segera,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyebut, dakwaan seumpama itu memberikan persepsi buruk terhadap Dr Noor Azmi dan Kementerian Kesihatan.

Semalam dua portal iaitu Malaysiakini dan MalaysiaPost.com melaporkan artikel yang mendakwa Timbalan Menteri Kesihatan melanggar SOP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here