Lebih 100 ribu pekerja asing di Sabah belum jalani ujian saringan Covid-19

0
43

Lebih 100 ribu pekerja asing di Sabah belum jalani ujian saringan Covid-19

PUTATAN – Lebih 100,000 pekerja asing di negeri Sabah belum menjalani ujian saringan Covid-19.

Perkara tersebut didedahkan oleh Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) negeri, Wan Zukli Wan Setapa.

Beliau dipetik sebagai berkata demikian kepada Bernama selepas turut sama hadir pada Operasi Pematuhan Ujian Saringan Covid-19 di sebuah kilang, hari ini.

“Namun, setakat ini hanya 700 majikan sahaja tampil melakukan ujian saringan sejak Disember tahun lalu melibatkan seramai 3,200 pekerja asing,” kata Wan Zukli.

Sebanyak 7,578 majikan di Sabah yang menggajikan seramai 115,157 pekerja asing, diwajibkan memastikan setiap pekerja mereka melakukan ujian saringan Covid-19, bagi mencegah penularan wabak itu yang menyaksikan peningkatan dari hari ke hari.

Oleh itu, beliau menambah, semua majikan yang belum melaksanakan ujian saringan terhadap pekerja asing mereka, diminta berbuat demikian mulai hari ini hingga 28 Feb depan.

“Jika majikan tidak melakukan ujian saringan itu, maka pendakwaan boleh dibuat melalui Akta 342 di bawah peruntukan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (langkah-langkah di dalam kawasan Tempatan Jangkitan) No. 9 2020 Perkara 10,” kata beliau lagi.

Mahu dapatkan berita terkini dengan lebih cepat? Jom ikuti kami di Telegram Malakat Tribune!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here