Lebih 3,500 dipindahkan akibat banjir di Sarawak

0
71
Anggota bomba melakukan pemindahan penduduk yang dilanda banjir di Sarawak.

KUCHING: Sebanyak 3,518 mangsa banjir dari 929 keluarga di negeri ini dipindahkan ke 49 pusat pemindahan di empat bahagian kira-kira pukul 8 malam tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (SDMC) memaklumkan, bahagian Kuching mempunyai mangsa banjir paling ramai dengan 2,585 dari 649 keluarga.

“Mereka kini tinggal di 34 pusat pemindahan. Jumlah terbesar dicatat adalah di pusat pemindahan di Dewan Sinar Budi Baru yang kini menampung 266 mangsa banjir dari 69 keluarga,’’ katanya memetik laporan Borneo Post.

Bagi menampung jumlah mangsa banjir dari kawasan baharu, beberapa pusat pemindahan dibuka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Kawah, SJK (C) Chung Hua Stapok dan SJK Chung Hua Batu Kawah semalam.

Di tempat lain, 730 mangsa banjir dari 59 keluarga di Bahagian Serian telah dipindahkan ke sembilan pusat pemindahan di sana.

Ini termasuk pusat pemindahan yang baru dibuka di Dewan Buk Janjun yang kini menempatkan empat mangsa dari dua keluarga.

Di Samarahan, 174 mangsa dari 59 keluarga ditempatkan di empat pusat pemindahan termasuk yang baru dibuka di Dewan Masyarakat Lubok Buntin sementara 29 mangsa dari empat keluarga berada di dua pusat pemindahan di Miri.

Pusat pemindahan di balai raya Kampung Barieng di Singai merupakan satu-satunya di Kuching yang ditutup setakat ini kerana para penghuni telah kembali ke rumah mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here