Lebih 4 ribu!

0
41

CYBERJAYA – Negara mencatat kes harian baharu tertinggi apabila sebanyak 4,029 kes dilaporkan di seluruh negara, hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), 4,029 kes yang dilaporkan adalah akibat penularan tempatan, manakala 8 lagi adalah kes import.

“Kes baharu dijangka akan terus meningkat dalam beberapa hari akan datang.

“Kes-kes baharu ini adalah hasil aktiviti/pergerakan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB),” kata KKM dalam satu ciapan di akaun Twitternya.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi sepanjang minggu ini iaitu sebanyak 1,466 kes, diikuti Johor dengan 719 kes, dan Sabah dengan 449 kes.

Pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan di dalam negara kepada 155,095 kes.

Sementara itu, sebanyak 2,148 kes telah diklasifikasikan sebagai telah sembuh, menjadikan angka keseluruhan kes sembuh kepada 117,375 kes.

Pada ketika ini, masih terdapat sebanyak 37,126 kes yang diklasifikasikan sebagai masih aktif dan mempunyai kebolehjangkitan sedang dirawat.

Daripada jumlah itu, sebanyak 205 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 79 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Angka kematian akibat pandemik ini turut bertambah kepada 594 kes apabila sebanyak 8 lagi kes kematian dilaporkan di seluruh negara, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here