Lelaki bina bonggol jalan guna i-Sinar mohon maaf

0
347
Keadaan jalan yang dipenuhi bonggol dibina oleh seorang penduduk di Kampung Padang Luas, Jertih, Terengganu.

JERTIH – Selepas membelanjakan RM1,080 wang i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membina 11 bonggol di jalan bersebelahan rumahnya di Kampung Padang Luas, Jertih di sini, seorang lelaki tampil memohon maaf atas tindakannya selepas tular di media sosial.

Nor Muhamad Roslam Harun, 40, membuat permohonan maaf selepas menyedari tindakannya itu menyusahkan orang ramai sehingga laluan berkenaan tidak dapat dilalui oleh kereta kerana bonggol yang terlalu tinggi.

Dia berbuat demikian selepas didatangi oleh anggota polis yang menerima aduan mengenai perkara tersebut.

Nor Muhammad Roslam berkata, bonggol tersebut dibina untuk mengelak orang ramai daripada memandu terlalu laju dan ada masanya sehingga mengganggu tidurnya.

“Bilik tidur saya berada di bahagian tepi yang berdekatan dengan jalan itu menyebabkan bunyi bising kereta dan motosikal mengganggu tidur. 

“Saya tertekan sangat dengan masalah ini tambahan pula saya mempunyai masalah kesihatan (gangguan mental) tetapi belum lagi mendapatkan rawatan.

“Sebenarnya saya mahu membina bonggol yang landai sahaja tetapi tar itu cepat mengeras menyebabkan ia menjadi bonggol tinggi sehingga tidak boleh dilalui semua kereta kecuali pacuan empat roda,” katanya seperti dipetik Bernama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here