Makin parah, 5,725 kes baharu dicatatkan dengan 16 kematian

0
77
Statistik Kementerian Kesihatan

CYBERJAYA- Nampaknya makin parah kes jangkitan baharu Covid-19 di Malaysia apabila sebanyak 5,725 kes baharu dicatatkan hari ini.

Jumlah berkenaan merupakan rekod tertinggi jangkitan baharu yang pernah dicatatkan di Malaysia dengan kes terkumpul 203, 933 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah terkumpul itu, sebanyak 45,478 kes masih aktif.

“Daripada 5,725 kes baharu itu, 5,268 adalah merupakan kes tempatan manakala kes import adalah sebanyak tujuh kes.

“Jumlah kes sembuh pula ialah 3,423 kes dengan jumlah kumulatif kes sembuh adalah sebanyak 157,722 kes atau 77.34 peratus,” katanya dalam ciapan di Twitter hari ini.

Dr. Noor Hisham juga memaklumkan, pada hari ini, pihaknya juga merekodkan sebanyak 16 kematian baharu dengan jumlah kematian terkumpul 733 kes.

“Sehingga kini, sebanyak 301 kes menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan 115 kes memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here