Malakat Mall akan teruskan program Zero Hunger

0
138
Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim beri jaminan program Zero Hunger akan diteruskan bantu golongan B40

CYBERJAYA- Program Zero Hunger anjuran Malakat Mall dengan kerjasama Yayasan Brainy Bunch akan diteruskan pada tahun ini.

Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim berkata, program bantuan berupa makanan asas itu menyasarkan golongan B40.

“Apabila PKP, golongan yang paling terkesan ialah golongan B40 iaitu mereka yang mendapat pendapatan harian. 

“Seperti PKP pada Mac tahun lepas,  kami melancarkan bantuan Zero Hunger kepada golongan yang terputus bekalan makanan. 

“Insya-Allah, Malakat Mall akan meneruskan usaha yang sama,” katanya secara langsung melalui laman Facebook miliknya hari ini.

Menurut Mohd. Fadzil atau lebih dikenali sebagai Coach Fadzil, pihaknya akan membuka permohonan dan juga ruang untuk menyatukan kekuatan.

“Kita satukan kekuatan yang sedikit yang kita ada dalam bentuk sedekah jariah yang akan membantu mereka terputus bekalan makanan.

“Sekarang ini ada dua perkara iaitu mereka yang di dalam PKP dan mangsa banjir. Kita berusaha dengan membuka tabung infaq. 

“Pada masa yang sama, kita yang duduk di rumah dan kurang terkesan dari segi kewangan, kita kena banyak muhasabah kepada Allah SWT.

“Minta dengan Allah supaya kita mendapat satu kekuatan untuk bertindak,” katanya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here