Malakat Mall buka kedai serbaneka mirip Family Mart bulan depan

0
436
Ruang dalaman Malakat Express yang akan dibuka pada bulan depan di Wangsa Maju

RAUDHAH CITY – Malakat Mall sdn Bhd (Malakat Mall) akan membuka kedai serbaneka pertamanya yang dikenali sebagai Malakat Express pada awal bulan hadapan.

Menurut Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim, kedai serbaneka itu diinspirasikan daripada kedai serbaneka terkenal dunia, Family Mart yang juga rangkaian kedai serbaneka nombor dua di dunia.

“Malakat Ekspress yang pertama akan dilancarkan pada awal Februari ini di Setapak, Kuala Lumpur. Mohon doa dan sokongan semua.

“Malakat Express akan berusaha menawarkan tawaran produk yang lebih baik daripada Family Mart. Kita belajar daripada mereka,” katanya hari ini.

Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim

Dalam pada itu, beliau yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, meskipun perlu bersaing dengan kedai serbaneka terkenal lain dalam dan luar negara, pihaknya yakin projek baharu itu mampu berjaya dengan sokongan semua terutamanya pejuang ekosistem ekonomi Islam.

“Dengan sokongan anda pejuang Malakat ekosistem yang bertujuan menjadikan pengguna pemilik ekonomi bebas riba, insya-Allah ia akan berjaya.

“Jadi, jangan lupa menjadi ahli Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) https://anggota.koppim.com.my/affiliate?u=17,” ujarnya.-MT 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here