Malakat Mall kumpul bantuan mangsa banjir Pantai Timur

0
34
Program bantuan Zero Hunger yang dilaksanakan oleh Malakat Mall pada PKP Mac tahun lalu.

CYBERJAYA – Malakat Mall mengalu-alukan sumbangan orang ramai untuk disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur yang terkesan teruk akibat bencana itu.

Sumbangan derma untuk pembelian dapur gas itu boleh dilakukan secara dalam talian di www.sadaqahmarket.com.

Dalam hantaran hari ini, Malakat Mall dengan kerjasama Brainy Bunch, Sadaqah Market dan Zero Hunger mengumumkan akan meneruskan misi bantuan mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur.

“Banjir gelombang kelima yang melanda Pantai Timur mengakibatkan kerugian besar kepada ribuan penduduk. Perabot dan peralatan dalam rumah rosak dan terpaksa dibuang.

“Mari kita hulurkan sumbangan, bagi meringankan beban mereka. Hasil sumbangan anda akan digunakan untuk membeli dapur gas demi kelangsungan kehidupan mereka,” menurut kenyataan itu.

Malakat Mall melalui Zero Hunger sebelum ini mengagihkan bantuan keperluan barang asas kepada orang ramai di seluruh negara yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac tahun lalu.

Program bantuan Zero Hunger yang dilaksanakan oleh Malakat Mall untuk golongan terkesan pada PKP Mac tahun lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here