Malakat Mall Masjid Tanah akan dibuka awal Mac

0
750
Pengurusan Malakat Mall Masjid Tanah sedang giat memastikan semua perancangan berjalan lancar sebelum pembukaan pada Mac nanti

MASJID TANAH- Pihak pengurusan Malakat Mall Masjid Tanah memberi jaminan pusat beli belah berkenaan akan dibuka pada awal Mac depan.

Pengurus Malakat Mall Masjid Tanah, Muhammad Abdul Mutalib berkata, ketika ini bangunan pusat beli belah itu dalam proses pengubahsuaian.

Proses pengubahsuaian sedang berjalan di Malakat Mall Masjid Tanah

Beliau berkata, pengubahsuaian itu tidak melibatkan proses yang besar kerana tidak melibatkan sebarang perubahan struktur dalaman yang ketara.

“Kita sekarangt hanya tunggu pihak pembekal hantar barang dan sedikit barangan yang perlu dibawa dari Malakat Mall cawangan utama di Cyberjaya.

“Saya boleh katakan proses pengubahsuaian hampir 35 peratus berjalan dan bakinya 65 peratus lagi sedang berjalanan dan akan diap seperti dijadualkan.

Pihak pengurusan yakin segala proses dijagka diap sepenuhnya sebelum pembukaan rasmi pada Mac

“Kita bawakan kelainan konsep belah belah di sini, pelanggan boleh nikmati pelbagai kemudahan. Bukannya hanya grocer, tetapi semua ada.

“Boleh dikatakan, Malakat Mall Masjid Tanah ini adalah tempat persinggahan lengkap kepada pelanggan,” katanya ketika ditemui Malakat Tribune hari ini.

Malakat Mall Masjid Tanah akan menempatkan Malakat Grocer, kedai-kedai ‘lifestyle, Tahan Sport, dan Bunch-Oh iaitu F&B serba lengkap.

Muhammad (kanan) memastikan setiap binaan menepati kriteria yang diperlukan

Terdahulu, bermula semalam dan hari ini Malakat Mall Masjid Tanah menganjurkan hari bersama vendor dan juga sesi temuduga terbuka di pusat beli belah itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here