Malaysia terima bekalan vaksin Pfizer hujung Februari

0
57
Malaysia dijangka terima vaksin Pfizer pada hujung Februari

CYBERJAYA-  Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Malaysia dijangka akan menerima bekalan vaksin Pfizer untuk fasa pertama pada hujung Februari ini.

Perdana Menteri berkata, sebagai persediaan awal bagi memastikan pengagihan vaksin Covid-19 berjalan lancar apabila bekalan diperolehi, Kementerian Kesihatan telah membangunkan Pelan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

“Bagi mencapai imuniti kelompok, sebanyak 60-70 peratus atau 20-23 juta populasi Malaysia perlu dberikan vaksin Covid-19. 

“Buat masa ini, kerajaan telahpun menandatangani perjanjian awal dengan fasiliti Covax, syarikat Pfizer dan AstraZeneca bagi perolehan vaksin Covid-19 untuk mendapatkan jaminan bekalan vaksin sebanyak 40 peratus liputan populasi.

“Kerajaan juga sedang dalam proses rundingan akhir dengan Sinovac, CanSino dan Gamaleya bagi mendapatkan jaminan bekalan vaksin bertambah melebihi 80 peratus jumlah populasi negara atau 26.5 juta,” katanya dalam perutusan khas hari ini.

Selain itu katanya, kerajaan akan pastikan hanya vaksin yang memenuhi ciri-ciri keselamatan, berkualiti dan berkesan akan didaftarkan dan digunakan di Malaysia. 

“Proses penilaian ini dibuat oleh Jawatankuasa Penilaian Produk Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) untuk kelulusan dan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah bagi tujuan pendaftaran sebelum vaksin Covid-19 tersebut boleh digunakan di Malaysia,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here