Manchester United vs Liverpool di pusingan keempat Piala FA

0
127
Manchester United dan Liverpool akan bertembung dua kali dalam tempoh dua minggu libatkan saingan liga dan juga Piala FA

LONDON – Manchester United dan Liverpool akan berentap di pusingan keempat Piala FA, manakala Manchester City diundi bertemu Cheltenham dari Liga Dua.

Liverpool dan United akan bertembung dua kali dalam tempoh dua minggu selepas dua pasukan teratas Liga Perdana Inggeris itu berentap pada saingan liga, Ahad ini.

Aksi Liga Perdana melibatkan dua musuh tradisi itu akan berlangsung di Anfield manakala untuk Piala FA , perlawanan akan berlangsung di Old Trafford.

Menurut laporan AFP, kelab kerdil, Chorley yang mengejutkan Derby akan menanti kunjungan pasukan Liga Perdana, Wolverhampton.

Sekiranya Chorley dapat melakukan kejutan sekali lagi, kelab berkenaan akan bertemu juara bertahan, Arsenal di pusingan kelima.

Kelab Liga Dua, Crawley yang menewaskan Leeds 3-0 di pusingan ketiga akan berkunjung ke Bournemouth.

Pusingan keempat akan berlangsung sepanjang minggu dari 22 sehingga 25 Januari manakala pusingan kelima dari 9 hingga 11 Februari. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here