Maqis rampas 86,500 kg bawang merah dan bawang kuning

0
293
Gambar ihsan- Maqis

CYBERJAYA – Sebanyak 86,500 kilogram (kg) bawang merah dan bawang kuning dirampas di Pelabuhan Barat di Pelabuhan Klang pada Selasa lalu.

Rampasan dibuat selepas barangan gagal mematuhi Sijil Perakuan 3P yang ditetapakan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor.

Pengarah Maqis, Dr Tarmisal Alimin berkata, rampasan dibuat selepas pemeriksaan rutin oleh pegawai penguat kuasa Maqis kira-kira 11.30 pagi.

“Maqis berjaya menggagalkan cubaan sebuah syarikat tempatan membawa masuk dua kontena bawang merah dan bawang kuning dari China dan Pakistan. 

“Kedua-dua kontena itu mengandungi 86,500 kg bawang merah dan kuning yang dianggarkan bernilai RM179,822.85. 

“Barangan dirampas kerana tidak mematuhi syarat seperti mana yang dinyatakan pada permit import Maqis iaitu tidak mematuhi Sijil Perakuan 3P,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Tarmisal berkata, kegagalan mengemukakan maklumat itu menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.

“Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau keduanya sekali di bawah Seksyen 15(2) Akta yang sama,” katanya. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here