Maritim Malaysia rekod sifar kompaun di laluan Pulau Sebatik

0
115
Operasi pemantauan oleh Maritim Malaysia di perairan daerah Tawau, Sabah.

TAWAU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)
merekodkan sifar pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam kalangan komuniti nelayan dan pengendali bot di perairan Tawau sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 pada 13 Januari lalu.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Siva Kumar Vengadasalam berkata, melalui Operasi Cegah PATI (OCP) Selatan Covid-19, pihaknya mendapati kadar pematuhan yang tinggi terutama di antara laluan Pulau Sebatik ke bandar Tawau.

“Bagi bot-bot penumpang hanya dibenarkan beroperasi bermula pukul 6 pagi sehingga 2 petang dengan hanya 6 orang penumpang sehala sahaja sementara bagi bot-bot nelayan dibenarkan beroperasi dari pukul 6 pagi hingga 6 petang,” katanya dalam kenyataan di Facebook agensi berkenaan hari ini.

Kepten Maritim Siva Kumar Vengadasalam

Beliau berkata demikian pada majlis bersama media OCP di Kapal Maritim (KM) PINTAR di sini.

Siva Kumar berkata, sejak PKP 2.0 dikuatkuasakan, stastik APMM mendapati sebanyak 50 peratus penurunan pergerakan bot dalam kalangan penduduk dan nelayan iaitu hanya 10 hingga 15 bot dalam sehari berbanding sebelum PKP 2.0, iaitu 20 hingga 30 bot berulang-alik antara pulau dan tanah besar.

Tambah Siva Kumar, masalah yang dihadapai penduduk ketika ini hanya mereka terlibat dengan air pasang surut laut dan kebanyakkan penduduk atau nelayan yang melebihi waktu yang ditetapkan pihak berkuasa telah memohon permit atau kebenaran pihak polis.

Ditanya mengenai kejayaan APMM sejak Operasi Cegah PATI (OCP) Selatan Covid-19, Siva Kumar memberitahu sebanyak 32 tangkapan dan 10,342 pemeriksaan telah dilakukan.

“Antara kejayaan besar iaitu tangkapan 17 kilogram dadah jenis syabu pada 11 Januari 2020, seterusnya enam hari selepas itu tangkapan 289 gram dadah jenis sama ke atas 2 orang yang menaiki bot pam.

“Rampasan bot kilat 38 APMM pada 31 Januari lalu pula melibatkan 1 kilogram syabu di CIQ Tawau dan tangkapan rokok lebih 1,600 karton di perairan kampung Titingan,” katanya.

Sehubungan itu katanya, pemantauan perairan sempadan akan terus dilakukan oleh APMM melalui OCP bagi memastikan penularan wabak Covid-19 yang berkemungkinan dibawa masuk oleh PATI melalui laluan tidak sah dapat dikekang.

Operasi pemantauan oleh Maritim Malaysia di perairan daerah Tawau, Sabah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here