Masjid dan surau di Negeri Sembilan dibenarkan beroperasi ketika PKP

0
93
Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun memaklumkan jemaah perlu mematuhi SOP yang ditetapkan JHEAINS sebelum ini

SEREMBAN – Semua masjid dan surau di Negeri Sembilan dibenarkan untuk beroperasi sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun bagaimanapun berkata, ia perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

“Semua masjid dan surau di Negeri Sembilan dibenarkan mengadakan solat fardu dan solat Jumaat sepanjang tempoh PKP dengan merujuk kepada SOP yang telah dikeluarkan JHEAINS sebelum ini.

“Jemaah diwajibkan membawa sejadah sendiri yang bersaiz besar, memakai pelitup muka, mengambil wuduk di rumah dan mematuhi had keluasan melakukan ibadah di dalam ruang utama masjid sah,” katanya dalam sidang akhbar khas semalam.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini memaklumkan seluruh negara bermula 22 Januari ini berada di bawah PKP kecuali negeri Sarawak.

Dalam pada itu, Aminuddin menambah, bagi pusat ibadat bukan Islam, hanya aktiviti sembahyang sahaja dibenarkan.

“Rumah ibadat bukan Islam dibenarkan untuk mengadakan aktiviti sembahyang sahaja. Tidak dibenarkan untuk mengadakan sebarang sambutan, majlis perayaan, perkahwinan, pernikahan di semua rumah ibadat bukan Islam,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here