Menteri arah DBKL, JKR baiki jalan sepanjang PKP

0
148
Keadaan permukaan jalan yang rosak tanpa dibaiki membahayakan pengguna terutama penunggang motosikal.

CYBERJAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) diarah memanfaatkan tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk memantau dan membaiki kerosakan jalan raya di sekitar ibu kota.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dalam ciapan Twitternya berkata, peluang PKP perlu digunakan oleh pihak berkuasa tempatan itu untuk melakukan kerja-kerja membaiki jalan raya kerana keadaan lebih lengang  daripada biasa.

“Sepanjang PKP, lazimnya jalan di bandar raya agak lengang terutama waktu malam.

“Saya mahu DBKL dan JKR ambil peluang ini dengan membuat pemeriksaan ‘potholes’ dan terus membaikinya.

“Jangan pandang ringan keselamatan pengguna jalan Wilayah Persekutuan,” katanya menerusi ciapan di Twitternya hari ini.

ANNUAR MUSA

Kerja-kerja membaiki jalan raya yang dilakukan oleh kontraktor pihak berkuasa tempatan sebelum ini kerap menyebabkan kesesakan lalu lintas terutama di laluan utama di Kuala Lumpur.

Isu keadaan jalan raya di Kuala Lumpur dan Selangor yang banyak mengalami kerosakan baru-baru ini juga hangat diperkatakan apabila Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin terlibat dalam kemalangan basikal. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here