Menteri Perpaduan positif Covid-19

0
93
Halimah disahkan positif Covid-19 selepas menjalani saringan hari ini

CYBERJAYA – Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique disahkan positif jangkitan Covid-19 selepas menjalani ujian saringan pada hari ini.

Menurut kenyataan daripada kementeriannya, Halimah akan menjalani rawatan dan tempoh kuarantin mengikut saranan dan pemantauan rapat oleh Kementerian Kesihatan di Johor Bahru.

Sepanjang tempoh itu, beliau akan terus memantau dan memastikan segala urusan Kementerian Perpaduan Negara berjalan dengan lancar.

“Halimah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesembuhannya dan memohon maaf atas segala kesulitan dan masalah yang timbul akibat perkembangan tersebut,” kata kenyataan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here